Wednesday, 11 March 2015

PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

 Majlis Raja-Raja yang  mula-mula ditubuhkan pada tahun 1948 terdiri daripada semua raja Melayu dan  Yang Dipertua Negeri . Majlis Raja-Raja  Dipertua  Negeri . Majlis Raja-Raja ditubuhkan mengikut jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan  Perkara  38  menyatakan  MRR  sebagai tempat bagi Raja-raja dan Yang  Dipertua Negeri bertemu dan berbincang.

Keahlian Majlis Raja-Raja :

§Sultan dan  Yang Di Pertua Negeri 
§Perdana Menteri
§Menteri Besar dan Ketua Menteri
§Setiausaha (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja)
§YDPA (bkn ahli MRR) hadir sebagai Ketua  Negara.



Tugas Majlis Raja-Raja :

•  Memilih Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong bagi  persekutuan .
•  Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat  agama  islam  bagi seluruh  persekutuan Tanah  Melayu  kecuali  Sabah dan  Sarawak. 
•  Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja .
•  Memikirkan tentang polisi Negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan Negara .
  • Merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak isitimewa orang melayu . Jika berlaku apa-apa tuntutan atau isu tentang kedudukan orang melayu , perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu di majlis ini .

•  Majlis Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu  :
iPelantikan Ketua Hakim Negara , dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi .
ii.  Pelantikan Ketua Audit Negara .
iii.  Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya yang merupakan suruhanjaya bebas .

       KUASA BUDI BICARA

•  Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi perkara berikut :
iMemilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA
ii.  Memberikan nasihat tentang apa-apa pelantikan .
iii.  Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undangyang mengubah sempadan sesuatu egeri serta menyentuh keistimewaan , kedudukan , kemuliaan atau kebesaran raja-raja .
iv.  Mempersetujui atau tidak mempesetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan , atau upacara agama Islam meliputi semenanjung Malaysia .

Sunday, 1 March 2015

Latar belakang pemerintahan dan pentadbiran negara

 

Pemerintahan dan pentadbiran Negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyarakat melayu sebelum era kolonikal lagi

•Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka .

Pada abad ke-19 ,berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik,sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara.

British mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri melayu dan memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu

Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan struktur pentadbiran yang baharu diterima pakai yang dikenali sebagai Sistem Pengasingan Kuasa.

Melalui sistem ini Badan Eksekutif(pentadbiran)menjalankan hal-ehwal pentadbiran Negara,manakala Badan Legislatif(perundangan)membentuk undang-undang,Badan Judisiari(kehakiman) menjalankan proses kehakiman dan keadilaan

Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud ,namun pada hakikatnya pengasingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyeluruh memandangkan setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain .

Saturday, 3 January 2015

Bidang kuasa yg dipertuan agong dalam konteks raja berpelembagaan :
                                     

Perkara 181 , Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga

kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:

1.Melantik seorang Perdana Menteri

2.Menangguhkan pembubaran parlimen

3.Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.


EKSEKUTIF


YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri.

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

PERUNDANGAN

Perundangan

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:

1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

KEHAKIMAN

Kehakiman

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.