SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS
RAJA-RAJA MELAYU
Majlis Raja-Raja yang mula-mula ditubuhkan pada tahun 1948 terdiri daripada semua raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri . Majlis Raja-Raja Dipertua Negeri . Majlis Raja-Raja ditubuhkan mengikut jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan Perkara 38 menyatakan MRR sebagai tempat bagi Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang.
Keahlian Majlis Raja-Raja :
§Sultan dan Yang Di Pertua Negeri
§Perdana Menteri
§Menteri Besar dan Ketua Menteri
§Setiausaha (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja)
§YDPA (bkn ahli MRR) hadir sebagai Ketua Negara.
Tugas Majlis Raja-Raja :
• Memilih Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong bagi persekutuan .
• Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh persekutuan
Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak.
• Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja .
• Memikirkan tentang polisi Negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan Negara .
- Merupakan sebuah badan khas yang bertindak memelihara hak isitimewa orang melayu . Jika berlaku apa-apa tuntutan atau isu tentang kedudukan orang melayu , perkara tersebut mestilah dibincangkan terlebih dahulu di majlis ini .
• Majlis
Raja-Raja juga perlu berunding dalam perkara pelantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu :
i. Pelantikan Ketua Hakim Negara , dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Agung serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi .
ii. Pelantikan Ketua Audit
Negara .
iii. Pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya
yang merupakan suruhanjaya bebas .
KUASA BUDI BICARA
• Majlis Raja-Raja juga mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi perkara berikut :
i. Memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA
ii. Memberikan nasihat tentang apa-apa pelantikan .
iii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undangyang mengubah sempadan sesuatu egeri serta menyentuh keistimewaan , kedudukan , kemuliaan atau kebesaran raja-raja .
iv. Mempersetujui atau tidak mempesetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan , atau upacara agama Islam meliputi semenanjung Malaysia .